Kisah Hidup Diosdado_Macapagal

Pembelajaran

Diosdado Macapagal dilahirkan pada 28 September, 1910 di Lubao, Pampanga, anak kedua dari empat adik beradik dalam keluarga yang miskin.[2] Ayahnya, Urbano Macapagal, adalah seorang ahli syair yang menulis dengan menggunakan bahasa dialog tempatan, dan ibunya, Romana Pangan Macapagal, adalah seorang guru sekolah yang mengajar catechism.[3] Keluarga beliau mencari rezeki dengan menternak babi dan menyewakan penumpang di rumah mereka.[3] Kerana kesusahan dan kemiskinan keluarganya, Macapagal digelar sebagai "Budak Miskin dari Lubao".[4]

Macapagal cemerlang dalam pembelajarannya di sekolah rendah tempatan, berkelulusan valedictorian di Sekolah Tinggi Lubao, dan salutatorian di Sekolah Tinggi Pampanga.[5] Beliau menamatkan kursus undang undang di Universiti Filipina, dan kemudiannya memasuki Sekolah Undang Undang Filipina dalam tahun 1932, belajar dengan biaya scholarship dan dengan bekerja separuh masa sebagai akauntan.[3][5] Semasa di sekolah undang undang, beliau mendapat populariti sebagai seorang ahli debat.[5] Akan tetapi, beliau terpaksa berhenti belajar selepas dua tahun kerana masalah kesihatan dan tidak cukup wang.[3]

Apabila beliau pulang ke Pampanga, Macapagal mengahwini Purita de la Rosa.[3] Macapagal mendapat dua orang anak hasil perkahwinan dengan De la Rosa, Cielo dan Arturo.[4]

Kareer Awal

Selepas lulus peperiksaan, Macapagal dijemput untuk menyertai Firma guaman Amerika sebagai peguam terlatih.[6] Beliau telah ditugaskan sebagai setiausaha sulit kepada Presiden Manuel L. Quezon di Istana Malacañang.[5] Semasa pendudukan Jepun di Filipina semasa Perang Dunia Kedua, Macapagal bekerja di Istana Malacañang sebagai setiausaha sulit kepada President Jose P. Laurel, sambil dalam diam-diam terlibat dalam pergerakan anti-Jepun.[5]

Dalam tahun 1943, Macapagal kehilangan isteri pertamanya, Purita de la Rosa, dalam peperangan.[5] Pada tahun 1946 Macapagal berkahwin dengan Evangelina Macaraeg, dengannya Macapagal mendapat dua orang anak, Gloria dan Diosdado Macapagal Jr.[4]


Rujukan

WikiPedia: Diosdado_Macapagal http://www.asianjournal.com/cgi-bin/view_info.cgi?... http://www.epilipinas.com/SabahClaim.htm http://www.highbeam.com/doc/1G1-211769085.html http://www.historynet.com/the-philippines-allies-d... http://www.macapagal.com/dm/ http://www.macapagal.com/dm/biography/bio2.html http://www.macapagal.com/dm2/ http://filipinopresidency.multiply.com/photos/albu... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,8... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,8...